Sunday, January 18, 2009

Semakin jauh...Semakin rindu...


Abang...

Terima kasih abang...abang sentiasa ada tiap kali syg perlukan abang...walaupun kita jauh di mata...abang sentiasa nampak tenang semata-mata untuk menenangkan syg walaupun dalam hati abang berkecamuk menanggung ujian dan dugaan hidup abang sendiri...syg betul2 terharu...Dalam senang, dalam susah kita bersama...Walau ada pasang surutnya dalam kehidupan kita...Abang memang seorang suami yang bertanggungjawab...kekasih yang penyayang...teman yang setia...Terima kasih abang...

Ya Allah, Ya Tuhanku...Terima kasih di atas segala rahmat-Mu, kasih sayang-Mu, hidayah-Mu buat kami sekeluarga...Kekalkanlah kebahagian kami dalam melayari bahtera berumahtangga...Walau kami berjauhan di mata...Satukanlah kami di dalam jiwa...Amin...Ya Rabbal'alamin...

Saturday, January 17, 2009

Terima kasih mak abah...


Salam...

Hari ni genap seminggu tak jumpa 'superboys', haikal dan aiman...rindunya...dah hampir sebulan jugakla mak dok jaga cucu-cucu...bila terfikir balik kesian kat mak...masa ni barulah terasa betapa pengorbanan seorang mak tu tak pernah habis untuk anak-anaknya...kalau ikutkan hati tak tergamak rasanya nak menyusahkan mak abah lagi setelah membesarkan aku sampailah aku menjadi hak milik seorang suami...

sebelum aku sambung belajar balik, aku dan abang memang dalam konflik mana nak letak 'superboys' kami tu...dulu sebelum aiman lahir ke dunia, memang abang yang jaga haikal sendiri...setahun setengah jugakla abang jadi bapa tunggal sebab aku kat shah alam, diaorang kat dungun...tapi bila baby aiman dah ada, aku takut abang tak sempat...yelah, nak jaga baby kan rumit, termasuk pulak dengan karenah haikal yang makin nakal...mana dengan nak pegi keje lagi...kauthar ada cadangkan suruh bw baby aiman kat shah alam ni...jaga sesama dengan budak2 rumah...hmmm...tobat mak tak bagi...mak aku cakap biarlah cucu-cucu yang 2 orang tu dok dengan dia buat sementara waktu, sampai aku habis belajar bulan 4 ni...ayat yang mak aku selalu guna,


"mak dah jaga hangpa 5 beradik, takdak masalah apa pun, apalah sangat nak dibandingkan dengan 2 orang cucu..."

Itu baru satu...yang buat aku terkedu lagi bila mak tak nak ambik sesen pun duit belanja untuk 'superboys' kami...mak cakap lagi,

"kalau mak yang jaga, hangpa tak payah nak susah hati pasai duit...lagipun hangpa nak pakai duit banyak sambung belajaq..."


jadi semua expenses anak-anak aku mak aku yang tanggung...Subhanallah...betapa besarnya kasih sayang dan pengorbanan mak abah...aku cukup2 hargai apa yang mak dan abah buat untuk aku selama ni...harap2 aku dapat membahagiakan mereka sebelum mereka menutup mata...aku nak sangat buat sesuatu untuk mak dan abah...walaupun aku tau apa yang aku buat nanti tak sama nilainya dengan segala yang mak abah buat untuk kami anak-beranak...

Walaupun perit berjauhan, walaupun aku di shah alam, suami di dungun terengganu, anak-anak dengan mak aku di alor setar kedah, aku tetap dapat merasakan kasih sayang antara kami semakin utuh, semakin kuat,semakin bererti...segala-galanya adalah ujian dari Allah swt...aku benar-benar menghargai setiap detik dari perjalanan ini...

Thursday, January 15, 2009


Duhai Anak


Duhai anak tercinta…

Hidup ini tidak senantiasanya indah dan mudah…

Hidup ini penuh dengan ranjau berliku, onak berduri…


Duhai anak tercinta…

Fahamilah bukan mudah segala keputusan dibuat…

Bukan mudah untuk membahagikan…

Antara cinta, kasih dan masa depan…


Duhai anak tercinta…

Dikaulah insan yang bertakhta…

Insan yang ku cinta…

Insan yang ku kasih…

Kerana kau dari perut ibumu...


Duhai anak tercinta...

Setiap jerit tangis mu merindui ku...

Setiap hiba sendu ku mengenangkanmu...

Setiap saat kita berjauhan...

Relakan perpisahan ini...

Ia hanya seketika Cuma...


Pengorbananmu duhai anak...

Tidak terhingga besarnya...

Mudah-mudah Allah kabulkan doa kita…


"rintihan hati seorang ibu, khususnya buat haikal & aiman"