Monday, May 11, 2009

Hari Ibu...


Hari Ibu…

10 May 2009…

Setelah sekian lama aku bergelar ibu, buat pertama kalinya aku menerima ucapan selamat hari ibu dari anakku Muhammad Haikal yang baru berusia 4 tahun…Malam tu dia telefon dari kampung dan wish…

“Mama…Celamat Hari Ibu…” pelat, dengar macam comel sangat
Mama…Haikal nak mama…Balikla cepat…” sayu je bunyinya

Haikal mungkin tak tau apa yang dia diucapkan secara hakikat, tapi jauh dilubuk hati aku tetap merasa bahagia…amat bahagia…seolah2 segala penat lelahku selama ini dihargai…seolah2 aku merasa amat disayangi…Betapa lamanya aku tak jumpa anak2 aku...rindunya...

Macam ni rupanya perasaan seorang ibu bila anak sendiri ucapkan ‘Selamat Hari Ibu’…Aku baru mengerti, biarpun hanya sekadar ucapan, tapi ia amat bermakna…Amat bererti…Selama aku menjadi seorang anak, aku tak sedar sangat pasal ni…Tapi setelah aku menjadi seorang ibu, barulah aku merasa akan nikmatnya menjadi seorang ibu…Hmmm....Rindunya kat Haikal dgn Aiman...Lamanya tak jumpa diaorang...

Insyaallah…Selepas ini, aku tak akan lupa mengucapkan selamat hari ibu pada ibu aku…Juga pada hari ayah…Sesungguhnya jasa kedua orang tua tak akan pernah terbalas walau dibayar hatta dengan wang berjuta ringgit…Biarpun sekadar ucapan, tapi cukup bermakna buat mereka...

No comments:

Post a Comment